Assalamualaikum
Kali ini saya nak kongsi kelebihan orang yang memebaca Al-Quran.. Ada sebuah analogi untuk orang yang membaca alquran dan mereka diketogerikan kepada 3 jenis. Analoginya begini..
Ada sebuah pokok epal (contoh) yang rendang dan sangat redup. Daunnya yang hijau sangat menenangkan saujana mata yang memandang. Dahannya yang tebal menunjukkan kegagahan ia menahan tekanan yang mendatang. Buahnya tumbuh dengan lebat , warnanya sangat mempersonakan dan pasti akan menarik perhatian makhluk yang memandangnya.
Datanglah tiga orang sahabat yang kebetulan ternampak pokok epal tersebut. Mereka amat terpukau melihat kecantikan pokok tersebut. ketiga-tiga sahabat mula menyentuh dan memegang batang kayu dan seluruh permukaan pokok tersebut. Seorang dari mereka, bernama Amran terus duduk dibawah pokok tersebut untuk berteduh. Tubuhnya berasa nyaman kerana terlindung dari terik panas matahari. sehingga akhirnya dia terlelap di bawah naungan pokok tersebut.
Sahabat kedua bernama Muiz. Dia amat tertarik dengan buah yang lebat pada pohon epal tersebut. dia cuba menggapai-gapai bauh yang berhampiran. Namun, pohon pokok itu agak tinggi. Dan akhirnya dia membuat keputusan untuk menunggu buah itu gugur sehingga akhirnya Muiz turut tertidur.
Tinggallah seorang lagi sahabat bernama Farhan. Farhan dari tadi memerhatikan gelagat sahabatnya yang lain. Dan sebenarnya dia sama seperti Muiz, ingin memakan buah yang kelihatan sungguh sedap itu. Farhan cuba menggapai buah yang Muiz cuba gapai tadi. Namun tidak berhasil. Oleh Kerana terlalu inginkan buah itu. Farhan terus memanjat dahan pokok tersebut sehingga ke dahan teratas. Kesungguhan dia memanjat pokok itu, mebolehkan dia untuk memakan buah epal itu sehingga puas. Farhan akhirnya turut tertidur dibawah pohon tersebut tetapi dalam kadaan kekenyang.
ha...
apa kaitan cerita ini dengan Al-Quran..
sebenarnya..begitu la juga dengan orang yang dah nampak keindahan dan kelebihan al-quran tetapi ada yang hanya membaca tetapi tidak tahu maknanya seperti golongan pertama, Amran yang hanya menumpang teduh dibawah pohon epal tersebut tanpa ambil buah yang lebat tu..Golongan kedua adalah seperti Muiz.. golongan ini,, baca Al-quran..faham maksud.. tapi tak cuba untuk menggambil ibrah daripada al-quran itu sendiri. Dari segi kata lain, tidak mengamalkan Al-quran..
dan golongan ketiga,.. Seperti Farhan, yang berusaha untuk mangambil buah tersebut.. golongan ini.. membaca..tahu makna dan mengamalkan ayat itu sendiri.. dan golongan inilah merupakan golongan yang beruntung..
Semoga kita semua tergolong dalam golongan orang yang beruntung bukan sekadar didunia tetapi akhirat yang utama..
wallahualam...
sekian, dari saya ^_^
No comments:
Post a Comment